2015...puasa yang agak mencabar buatku.kenapa mencabar?..tahun ini aku hanya berpuasa dengan anak-anak kerana hubungan jarak jauh dengan suami. Suamiku bertugas di Gemas. Dan pada tahun ini aku berazam untu mendidik anak-anaku Faris Danish dan Fariesha Qistina agar bepuasa, tidak meninggalkan sembahyang..Danish dan Qistina memang bersembahyang tapi kerap tertinggal. Kali ini aku agak tegas dengan mereka. Setiap hari, aku akan mengingatkan mereka bersembahyang terutamanya isyak dimana ianya selalu mereka tertinggal,tertidur...Alhamdulillah,hasil pantauan mama mereka menurut dan memberi kerjasama. Memang agak letih. Yelah, semuanya aku perlu kendalikan sendiri tanpa bantuan suami. Hanya Allah yang tahu..kadang-kadang semasa sembahyang aku menangis moga Allah beri aku kekuatan dan dipermudahkan segalanya.
Untuk anak-anak mama, tabahkan hati,kuatkan semangat dalam berpuasa. Pada ketika ini mungkin sukar untuk kalian berpuasa. Tapi, pada suatu masa nanti kalian akan MENGINGATI SEMULA DAN AKAN BERSYUKUR SEBAB BERJAYA UNTUK BERPUASA....